Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 47
total visitor Jumlah Pelawat 8,179,754
Bunga Rasmi BandarayaBunga Rasmi Bandaraya

PictureBunga Kecobong adalah bunga Bandaraya Kuching Utara yang memiliki beberapa keistimewaan tersendiri dengan warnanya yang sangat menyerlah, warna kuning terang dan kehijauan daunnya yang menyamai warna korporat Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Bunga Kecobong ada dua jenis, Allamanda Cathartica (Creeping Type) dan Dwarf Allamanda (Bushy Type). Meskipun pertama kalinya ditemui di Amerika, Guyana dan Brazil namun telah ditaman di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

Bunga ini boleh hidup dengan sesuai di negara kita yang beriklim panas dan hujan di samping mempunyai kuasa yang tinggi untuk menghindar dari penyakit tumbuhan dan serangga. Haiwan dan binatang peliharaan juga menjauhkan diri darinya. Oleh kerana ia senang ditanam, membiak dengan kadar yang cepat sekaligus menghasilkan bunga yang banyak sepanjang tahun membuatkan ia sesuai ditanam di sepanjang jalan, taman bunga dan tempat bersiar-siar.

Sebagai bunga bandaraya, cirinya yang tahan lama, warnanya yang ceria bersinar dan kemasyhurannya pasti menjadikan Bandaraya Kuching Utara sentiasa terus unggul dan indah berseri sepanjang tahun.