Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 32
total visitor Total Visitors 7,900,261
GISKUGISKU

SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI KUCHING UTARA (GISKU)

Apa Itu Sistem Maklumat Geografi (GIS)?

Sistem berasaskan komputer yang direkabentuk untuk menyokong perolehan, penyimpanan, pengolahan, penganalisaan & pemaparan data geospatial.

Melibatkan pelbagai proses: analisa keperluan, pengumpulan data, pembangunan data, analisa & output.

Pembangunan GISKU

GISKU dibangunkan untuk mempercepatkan capaian, perkongsian data, analisa & keputusan kepada maklumat geospatial yang diperlukan.

Keupayaan GISKU:

  • Memberi maklumat-maklumat geospatial berkaitan dengan satu-satu kawasan di
    mana lokasi yang terlibat dapat dilihat dengan jelas pada layar komputer.
  • Capaian kepada maklumat yang lebih pantas membolehkan pentadbiran &
    keputusan perancangan dibuat dengan cekap & berkesan.

Maklumat GISKU

GISKU mengandungi maklumat-maklumat geospatial untuk semua kawasan pentadbiran DBKU. Antara lapisan-lapisan peta yang boleh dilayari ialah:

  • Sempadan Kawasan Pentadbiran DBKU
  • Kawasan Tarikan Pelancongan
  • Zonning System
  • Industri
  • Jalan Raya
  • Waterways
  • Komersil
  • Hotel
  • Stesen Minyak
  • Bangunan Kerajaan

Gunapakai GISKU

Gunapakai GISKU dibahagikan kepada lima bidang utama:

  • Penilaian dan pencukaian hartanah;
  • Perancangan dan pembangunan kemudahan awam seperti jalan raya, taman rekreasi & pusat penjaja;
  • Perkhidmatan kesihatan dan pengurusan persekitaran seperti mengenalpasti lokasi aduan awam;
  • Penyelenggaraan kawasan-kawasan awam seperti zon pemotongan rumput, jalan raya dan perparitan;
  • Penguatkuasaan undang-undang seperti paparan kawasan untuk rondaan.

Perkhidmatan GISKU

  • Membangunkan data/maklumat ke dalam GIS mengikut keperluan pengguna;
  • Sumber rujukan hal-ehwal pentadbiran berkaitan data spatial;
  • Menyediakan bahan pembentangan/taklimat berkaitan peta/pelan & data spatial;
  • Membekalkan maklumat geospatial mengikut keperluan pemohon.