Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 41
total visitor Jumlah Pelawat 8,207,826
Logo KamiLogo Kami

Picture
Logo ini adalah dicipta khas sebagai lambang rasmi Dewan Bandaraya Kuching Utara. Ianya adalah hasil sentuhan kreatif anak tempatan Sarawak yang mana telah mula digunapakai pada hari pengisytiharan Bandaraya iaitu 1 Ogos 1988.

PENGERTIAN LOGO

Elemen-elemen yang terdapat pada logo ini mempunyai beberapa pengertian serta definisi tersendiri yang mencerminkan keperibadian organisasi Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Perisai
Perisai melambangkan DBKU sebagai sebuah badan yang menonjol dalam menjayakan semua pembangunan fisikal, sosial dan ekonomi disamping menjadi penaung (pelindung) kepada kesejahteraan dan keselamatan wargakotanya.

Kucing
Dalam bahasa Melayu 'KUCHING' bermakna binatang kucing, iaitu maskot Bandaraya Kuching seperti yang terdapat pada logo.

Burung Kenyalang
Burung Kenyalang yang terdapat di tengah-tengah logo adalah lambang rasmi negeri Sarawak yang memberi erti Kuching sebagai ibu negerinya.

Bintang
Terletak di atas logo Bintang yang mempunyai sembilan (9) bucu bermakna (9) bahagian di Negeri 

Motto
"UNTUK MASYARAKAT BERBUDAYA" menggambarkan usaha DBKU dalam membentuk warga kota Bandaraya yang mempunyai ciri-ciri kesedaran sivik, peradaban, kesopanan dan kesusilaan yang tinggi serta ciri-ciri budaya etnik wargakota Kuching akan dipelihara dan diperkembangkan supaya Kuching sebagai destinasi pelancungan. 

Hijau
Warna hijau bermakna keperihatinan terhadap pemeliharaan alam sekitar serta hasrat mewujudkan suasana yang hijau dan segar serta mengekalkan eko-sistem semulajadi dalam apa jua projek pembangunan