Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 37
total visitor Total Visitors 10,491,823
Mayor's MessageMayor's Message


PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2025 

DATO HAJI HILMY BIN HAJI OTHMAN 

DATUK BANDAR KUCHING UTARA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh warga Bandaraya Kuching Utara yang saya kasihi dan hormati.

Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh warga bandaraya Kuching Utara.

Dengan penuh rasa hormat, saya mewakili pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak atas sokongan padu, visi kepimpinan, dan usaha berterusan dalam memajukan kawasan Kuching Utara.

Di bawah kepimpinan YAB Premier, pelbagai inisiatif pembangunan telah dilaksanakan, termasuk dalam aspek infrastruktur, ekonomi, sosial, dan pendidikan. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan taraf hidup penduduk, tetapi juga menjadikan Kuching Utara sebuah kawasan yang lebih maju, mesra rakyat, dan berdaya saing.

Kami di DBKU berasa amat berbesar hati atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada pihak kami dalam melaksanakan tanggungjawab ini dan akan sentiasa bersedia untuk terus menyokong visi YAB Premier dalam menjadikan Sarawak, khususnya Kuching Utara, sebuah bandaraya yang maju, makmur, dan inklusif.

Malah, tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti Telekomunikasi Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab DBKU serta Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di kawasan pentadbiran DBKU atas sumbangan yang begitu besar dalam memajukan kawasan Kuching Utara.

Di bawah kepimpinan YAB Premier Sarawak serta sokongan padu YB Datuk, ADUN, dan Ahli Parlimen, pelbagai projek dan inisiatif telah berjaya dilaksanakan, termasuk dalam aspek pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial, dan pendidikan.

Usaha gigih ini telah memberi impak positif yang amat besar kepada kesejahteraan penduduk dan imej Kuching Utara sebagai sebuah bandar yang progresif dan mesra rakyat.

Tahun 2025 membuka lembaran baru bagi kita semua, dan kita terus bertekad untuk menjadikan bandaraya Kuching sebagai sebuah bandar yang mampan, berdaya saing, dan mampu menawarkan persekitaran yang lebih baik kepada seluruh warganya.

Dalam mencapai matlamat yang lebih besar, kita berpegang teguh pada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang merupakan agenda utama kerajaan negeri dalam meletakkan Sarawak di landasan pembangunan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Di bawah PCDS 2030, Kuching Utara akan terus memperkukuh infrastruktur, mempertingkatkan kualiti perkhidmatan awam, serta mendorong pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Dalam masa yang sama, kita juga bertekad untuk menjaga kelestarian alam sekitar, dengan memastikan bahawa setiap langkah pembangunan yang diambil adalah selaras dengan prinsip pembangunan mampan.

Terima kasih jua kepada Kerajaan Negeri Sarawak, yang terus memastikan bahawa warga bandaraya Kuching Utara tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang pesat di seluruh negeri. Komitmen kerajaan dalam memajukan kemudahan awam, pendidikan, kesihatan, dan peluang pekerjaan adalah antara langkah penting yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti di bandaraya ini.

Tahun lalu telah mencatatkan pelbagai pencapaian yang membanggakan, namun kita tidak boleh leka dan harus terus maju ke hadapan. Pada tahun 2025 ini, kita di Kuching Utara berazam untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandar yang lebih berdaya saing, inovatif dan mampan.

Misi kita adalah untuk memastikan bahawa setiap lapisan masyarakat, sektor ekonomi dan sektor sosial di Kuching Utara dapat berkembang dengan seiring dan mencapai kemajuan yang seimbang.

Sebagai Datuk Bandar, saya menegaskan bahawa segala usaha ini memerlukan sokongan padu dari seluruh warga bandaraya Kuching Utara. Kita perlu bergerak bersama-sama sebagai satu komuniti yang bertekad, bersatu padu, dan berinovasi. Saya percaya, dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi, kita akan dapat menjadikan Kuching Utara sebagai sebuah bandaraya yang bukan hanya selesa didiami, tetapi juga sebuah bandar yang berdaya saing di peringkat nasional dan global.

Selain itu, dalam usaha kita untuk menjadikan Kuching Utara sebuah bandar yang berdaya saing, DBKU akan terus mengutamakan pembangunan infrastruktur yang moden dan mencapai status sebagai bandar yang mesra untuk kanak- kanak dan warga emas serta menyokong pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

DAN Pembangunan digital dan ekonomi hijau akan menjadi tumpuan utama kita, di samping meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui penyediaan kemudahan awam yang berkualiti.

SAYA percaya bahawa dengan kerjasama yang erat antara kerajaan dan warga bandaraya kita akan dapat merealisasikan visi menjadikan bandaraya Kuching sebagai sebuah bandar yang mampan dan berdaya saing.

AKHIR SEKALI, Terima Kasih buat seluruh Warga Bandaraya Kuching yang sentiasa menyokong dan memberi kerjasama kepada DBKU. Marilah kita bersama-sama menyambut tahun 2025 dengan semangat baru dan komitmen untuk menjadikan bandaraya kita lebih BERSIH, CANTIK, SELAMAT, PINTAR, DAN LESTARI.

 

SEKIAN,WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

TERIMA KASIH.