Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 34
total visitor Total Visitors 10,027,405
Director's MessageDirector's Message

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2025
YANG BERUSAHA PENGARAH 

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….


Salam Sejahtera dan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada seluruh warga      Bandaraya Kuching Utara yang dihormati.

Tahun baharu sentiasa membuka ruang untuk kita menilai pencapaian lalu dan menetapkan hala tuju yang lebih jelas ke hadapan. Dalam peranan saya sebagai Pengarah DBKU, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan aspirasi organisasi ini diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan bagi kepentingan seluruh komuniti di kawasan Bnadaraya Kuching Utara.

Sepanjang tahun 2024, DBKU telah melaksanakan pelbagai inisiatif penting yang sejajar dengan matlamat pembangunan bandaraya yang pintar dan lestari. Usaha ini merangkumi aspek transformasi digital dalam pengurusan bandar, peningkatan kecekapan perkhidmatan awam, dan pemerkasaan inisiatif hijau yang menyokong kepada kelestarian alam sekitar.

Namun, kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa dedikasi serta komitmen yang tinggi daripada seluruh warga kerja DBKU serta kerjasama erat dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kerajaan negeri, komuniti setempat, dan sektor swasta. Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus kepada semua pihak atas sumbangan anda semua dalam memastikan DBKU terus relevan dan responsif terhadap keperluan masyarakat.

Melangkah ke tahun 2025, DBKU akan terus memperkukuh pendekatan strategik bagi memastikan pembangunan Kuching Utara kekal relevan dan responsif terhadap keperluan semasa. Kami komited untuk memperkasa transformasi digital dengan memanfaatkan teknologi terkini bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran, mempercepat proses penyampaian perkhidmatan, serta menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik. Di samping itu, ekonomi hijau akan menjadi keutamaan, dengan pelaksanaan projek pembangunan mesra alam yang menyokong usaha kelestarian global, termasuk mengurangkan jejak karbon dan memperkasa pemeliharaan alam sekitar.

DBKU juga akan terus memperteguh inklusiviti sosial dengan memastikan setiap komuniti, tanpa mengira latar belakang, mendapat manfaat daripada kemajuan yang dikecapi. Kami percaya bahawa pembangunan yang mampan hanya dapat dicapai apabila semua lapisan masyarakat diberi peluang untuk maju bersama. Pada masa yang sama, kami akan menggalakkan kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta, bagi memacu pertumbuhan ekonomi tempatan serta mempertingkatkan kualiti kemudahan awam yang mesra rakyat.

Dengan semangat kerjasama ini, kami yakin visi untuk menjadikan Kuching Utara sebagai sebuah bandar raya pintar, lestari, dan inklusif akan dapat direalisasikan dengan jayanya.

Bagi mencapai visi ini, DBKU akan terus memperkukuh budaya kerja profesional, akauntabiliti tinggi, dan semangat inovasi dalam semua aspek pengurusan. Kami percaya bahawa pembangunan bandaraya yang mampan memerlukan sinergi antara semua pemegang taruh, termasuk sokongan aktif daripada anda sebagai warga bandaraya Kuching Utara.

Akhir kata, saya mengajak semua pihak untuk melangkah ke tahun 2025 dengan iltizam baharu. Bersama-sama, kita mampu mencipta impak yang positif, memastikan Kuching Utara terus maju sebagai bandaraya yang bukan sahaja sesuai didiami tetapi juga menjadi model bagi pembangunan bandar pintar dan lestari di peringkat serantau.

Selamat Tahun Baharu 2025!

 

Yang Berusaha Puan Salwa Binti Pauzi

PENGARAH DBKU