|
|
|
DBKU giat potong pokok di Kampung Gersik |
|
Posted on : 12 Dec 2025 Source of News: Utusan Borneo
|
 Seorang pekerja landskap DBKU melakukan kerja-kerja mencantas dahan pokok hari ini. - Gambar Facebook DBKU
KUCHING: Bahagian Landskap Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) giat melaksanakan kerja-kerja pemotongan pokok di Kampung Gersik, Kuching bagi memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.
DBKU dalam catatan Facebook rasminya berkata, tindakan itu diambil bagi mengurangkan risiko pokok tumbang serta mengelakkan gangguan kepada laluan pejalan kaki dan pengguna jalan raya.
Kerja-kerja pemangkasan dahan, pembersihan sisa hijau dan pengurusan landskap turut dilakukan bagi mengekalkan keindahan persekitaran serta memastikan kawasan bandar raya kekal kemas dan teratur.
DBKU komited untuk memastikan persekitaran bandar raya Kuching sentiasa bersih, selamat dan kondusif untuk semua.
Usaha penyelenggaraan ini juga merupakan langkah berterusan DBKU dalam memperbaharui kehijauan bandar, memperkuatkan sistem perparitan daripada sisa daun serta memastikan pokok-pokok matang terus sihat dan stabil.
Justeru DBKU merayu kerjasama masyarakat dalam menjaga keindahan dan kesejahteraan bandar raya Kuching khasnya dalam tadbiran mereka.
|
|
|