Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 93
total visitor Total Visitors 11,787,290
Perahu tambang elektrik di Kuching
Posted on : 19 Aug 2025  Source of News: Suara Sarawak
 
Sekitar rakaman semasa Abdul Rahman menyempurnakan prapelancaran Projek E-Penambang di Pontoon Kampung Sungai Bintangor, di sini, malam tadi. | Foto: DBKU

KUCHING: Sebanyak sembilan perahu tambang ikonik di Kuching berjaya dinaik taraf dengan sistem elektrik sepenuhnya menerusi Projek E-Penambang, sekali gus melakar sejarah baharu dalam pengangkutan sungai hijau dan mampan di Sarawak.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkata, projek tersebut turut menyaksikan pembinaan sebuah stesen pengecasan solar di Jeti Pontoon Kampung Sungai Bintangor, di sini sekali gus mewujudkan perahu berkuasa elektrik yang selamat, cekap, rendah karbon, sambil mengekalkan reka bentuk dan nilai warisan.

Sekitar rakaman semasa Abdul Rahman menyempurnakan prapelancaran Projek E-Penambang di Pontoon Kampung Sungai Bintangor, di sini, malam tadi. | Foto: DBKU

Katanya, projek tersebut diterajui oleh DBKU dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Projek ini juga bermula pada April lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2026.

Sekitar rakaman semasa Abdul Rahman menyempurnakan prapelancaran Projek E-Penambang di Pontoon Kampung Sungai Bintangor, di sini, malam tadi. | Foto: DBKU

“Konsep e-penambang mula diperkenalkan pada Mei 2023 melalui pembangunan prototaip sepenuhnya oleh Sarawak Energy, diikuti dengan pelaksanaan proses pembuktian konsep (POC) penambang elektrik pertama di Tebingan Sungai Kuching pada Oktober 2023,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Tambahnya, setiap e-penambang dilengkapi dengan sistem pendorong elektrik 3kW berkuasa bateri litium 3kWh, menawarkan operasi senyap, sifar pelepasan karbon, dan kos operasi yang lebih rendah – terbukti mengurangkan perbelanjaan lebih 80 peratus berbanding enjin petrol.

Menurutnya, antara pencapaian utama projek ini ialah pembinaan stesen pengecas solar terapung pertama di Sarawak, stesen ini menggunakan sistem PV suria dwimuka berkapasiti 19.84kWp, beroperasi di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dengan 10 titik pengecasan.

Jelasnya, ia juga berpotensi disepadukan dengan teknologi tenaga boleh diperbaharui lain seperti penyimpanan bateri dan hidrogen.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyempurnakan prapelancaran Projek E-Penambang di Pontoon Kampung Sungai Bintangor, di sini.