Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 91
total visitor Total Visitors 11,787,273
Wira Tak Didendang, pembersih bandaraya dihargai selepas Kuching Street Parade
Posted on : 19 Aug 2025  Source of News: TVS
 
Di sebalik sorakan dan keindahan Kuching Street Parade Sabtu lalu, sekumpulan insan gigih tampil sebagai wira sebenar, para petugas pembersihan yang memastikan Bandaraya Kuching kembali bersih dan indah seperti sediakala. Foto DBKU
KUCHING, 19 Ogos: Di sebalik sorakan dan keindahan Kuching Street Parade Sabtu lalu, sekumpulan insan gigih yang tidak berwajah di pentas utama tampil sebagai wira sebenar, para petugas pembersihan yang memastikan Bandaraya Kuching kembali bersih dan indah seperti sediakala.

Menurut kenyataan Dewa Bandaraya Kuching Utara (DBKU), ucapan penghargaan khas telah dizahirkan kepada “Unsung Heroes” ini, atas dedikasi tanpa jemu mereka dalam membersihkan setiap sudut jalanan selepas berakhirnya acara.

“Kesungguhan dan keikhlasan anda mencerminkan bukan sahaja tanggungjawab, tetapi kasih sayang yang mendalam terhadap bandaraya kita ini. Anda adalah wira yang tidak didendang, namun jasa anda terpahat dalam hati setiap warga kota,” ujar satu kenyataan penghargaan daripada penganjur.

Petugas kebersihan ini dilihat bekerja hingga lewat malam, membersihkan sampah, sisa makanan dan perhiasan sepanjang laluan perarakan. Usaha mereka membolehkan bandaraya kembali ke wajah asal, bersih, selesa dan memikat pandangan.

Kenyataan itu turut menyeru seluruh warga Kuching agar bersama memelihara keindahan bandar dengan mempraktikkan amalan kebersihan berterusan.

“We Love Kuching” bukan sekadar slogan, tetapi semangat yang disemai oleh para petugas ini – cahaya dalam gelap yang menerangi harapan seluruh komuniti.-