|
DBKU terpilih penilaian AKPANS |
Posted on : 12 Aug 2025 Source of News: Suara Sarawak
|
DATUK Bandaraya Kuching Utara (DBKU) baru-baru ini menerima kunjungan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 di Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol.
Ketibaan rombongan panel penilai yang diketuai Timbalan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak, Dr Wan Norizan Wan Hashim, disambut oleh Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah.
Menurutnya, pihaknya berbesar hati kerana DBKU terpilih untuk peringkat penilaian seterusnya bagi kategori Agensi Utama Negeri dalam AKPANS 2025.
“Sebagai badan pentadbiran bandar yang dinamik dan proaktif, DBKU mencatat pelbagai pencapaian penting dalam beberapa tahun kebelakangan ini, selain menerima pengiktirafan atas kecemerlangan pelaksanaan dasar, inovasi perkhidmatan dan pembangunan bandar yang mampan serta inklusif,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada panel penilai dan memberi jaminan kerjasama penuh sepanjang proses penilaian dijalankan.
“Semoga penilaian ini menjadi titik tolak untuk DBKU terus memperkukuh peranan sebagai agensi utama negeri yang mampu memenuhi aspirasi rakyat Sarawak,” ujarnya.
|
|
|