|
DBKU Perkukuh Hubungan Media dan Pihak Berkuasa Tempatan |
Posted on : 24 Mar 2025 Source of News: Suara Sarawak
|
 Editor Eksekutif Suara Sarawak, Rohana Wahed (tiga dari kanan), menerima penghargaan hormat daripada Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Datuk Hilmy Othman (tiga dari kiri), semasa sesi kunjungan hormat hari ini.
KUCHING: Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Datuk Hilmy Othman, mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Suara Sarawak hari ini bagi menyantuni warga penerbitan tersebut serta mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa tempatan dan media.
Sempena kunjungan itu, delegasi DBKU yang diketuai oleh Datuk Bandar bersama Timbalan Pengarah DBKU, Rudzaimeir Malek, serta Ketua Bahagian DBKU, Norhayati Bidin, mengagihkan kurma kepada kakitangan Suara Sarawak sebagai tanda penghargaan.
Kunjungan tersebut disambut oleh Editor Eksekutif Suara Sarawak, Rohana Wahed, yang hadir bagi pihak Ketua Pegawai Eksekutif Suara Sarawak, Datuk Dr. Jeniri Amir. Turut serta ialah Timbalan Editor Eksekutif, Raden Ahmad, serta Pengurus Kanan Bahagian Digital, Awang Rosli Awang Jaya.
Dalam sesi pertemuan itu, Datuk Bandar turut menyampaikan penghargaan kepada Suara Sarawak kerana menyediakan satu halaman khas untuk DBKU yang disiarkan setiap hari Isnin di halaman 4 sejak tahun 2024.
Ruangan itu menjadi platform penting bagi DBKU untuk berkongsi maklumat terkini, program yang akan datang, serta segmen Dari Meja Datuk Bandar, yang membolehkan masyarakat memahami dengan lebih mendalam peranan serta inisiatif DBKU.
|
|
|