Cukai TaksiranCukai Taksiran |
|
Cukai yang dikenakan terhadap semua pegangan atau harta tanah di bawah kawasan kadaran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) iaitu selaras dengan Seksyen 61 dan Seksyen 90 Local Authorities Ordinance, 1996. Cukai taksiran DBKU adalah berdasarkan kepada Nilai Tahunan dan Kadar Tahunan.
Contoh kiraan cukai taksiran :
Nilai Tahunan x Kadar % = Cukai Taksiran
Nilai Tahunan : RM500
Kadar % : 29.30% (Kadar digunakan adalah untuk pegangan yang menerima semua perkhidmatan dan terletak di Zone A)
Cukai Taksiran : RM500 x 29.30% = RM146.50 setahun ATAU RM73.25 untuk ½ tahun |
|
|