Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 24
total visitor Jumlah Pelawat 7,900,889
Perutusan Pengarah Perutusan Pengarah

PERUTUSAN LAMAN WEB DBKU

YANG BERUSAHA MOHAMED KHAIDIR BIN ABANG,

PENGARAH DBKU

 

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…           

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan…

Syukur Alhamdulillah kerana atas limpah kurnia dan izinNya kita masih dapat melangkah ke tahun baru 2022 serta dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mengurus serta mentadbir DBKU ke arah bandaraya yang mapan dan dinamik serta memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang dari tahun sebelumnya.

Web ini adalah untuk memberikan informasi terkini dengan lebih cepat, tepat, mudah dan berkesan. DBKU yang merupakan agensi kerajaan sudah pasti akan mementingkan integriti dan produktiviti dalam kalangan warga kerjanya agar sentiasa bersedia dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.

Akhir kata, saya berharap agar seluruh warga bandaraya terus bersama-sama berganding bahu dalam menjaga kebersihan  bandaraya serta saling mendokong demi pembangunan bandaraya Kuching yang kita cintai. Saya juga berharap agar kita semua dapat saling mengambil berat tentang kesihatan diri sendiri dan keluarga kita dalam mengekang penularan wabak pandemik Covid-19. Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa.

Sekian, Terima Kasih.. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Selamat Melayari Laman Web DBKU!

#togetherwecare

 

 

MOHAMED KHAIDIR BIN ABANG

PENGARAH DBKU