Sarawak Culture VillageSarawak Culture Village |
|

“Terokai Sarawak dalam masa setengah hari” itulah yang dijanjikan oleh Kampung Budaya Sarawak, sebuah muzium hidup yang unik dan menawarkan pengenalan terbaik bagi cara hidup dan budaya tempatan. Terletak di atas sebidang tanah seluas 17-ekar dan di sini terdaoat bangunan replika yang mewakili kumpulan-kumpulan etnik di Sarawak; Rumah Panjang Bidayuh, Iban, dan Orang Ulu, perkampungan Penan, Rumah Tinggi Melanau, sebuah rumah tradisional Melayu, Rumah Ladang Cina serta sebuah Pagoda Cina. |
|
|