Taman Negara BakoTaman Negara Bako |
|
Taman Negara Bako yang mula beroperasi sejak 1957 merupakan tempat yang sangat sesuai bagi mempelajari mengenai hidupan liar dan alam semulajadi terdapat di Sarawak. Taman ini merangkumi bahagian utara Semenanjung Muara Tebas seluas 27 km persegi. Walaupun agak kecil, Bako menempatkan pelbagai jenis tumbuhan – hutan paya, hutan bakau, hutan ‘dipterocarp’, tumbuhan cerunan bukit dan banyak lagi. Malah, di Bako anda boleh menjumpai hamper kesemua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo. Bako juga menempatkan pelbagai jenis hidupan liar serta kawasan persisiran pantai yang menarik. |
|
|