Lesen Iklan Dan PermitLesen Iklan Dan Permit |
|
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengeluarkan permit dan lesen iklan seperti berikut :-
i. Permit Fishtail /Bunting
ii. Permit Kain Rentang
iii. Permit Giant Banner
iv. Lesen Tandanama Perniagaan/Petrol Kiosk/Iklan
v. Lesen Billboard
Ini adalah untuk memastikan semua iklan yang dipamerkan sama ada di premis perniagaan, tiang lampu, pagar atau kawasan yang dibenarkan, mempunyai lesen di bawah undang-undang kecil 4 The City of Kuching North (Advertisements) By-laws, 2012.
Selain itu, ianya juga untuk memastikan semua iklan di mematuhi prinsip-prinsip kawalan pengiklanan seperti keselamatan awam, mengekal kualiti dan kemudahan persekitaran, memastikan keselesaan awam dan memastikan kandungan iklan yang bertanggungjawab serta mematuhi garis panduan.
 |
|
|