Pengurusan Maklum BalasPengurusan Maklum Balas |
|
Koordinasi aduan atau maklumbalas awam terhadap perkhidmatan yg disediakan oleh DBKU seperti penyelenggaraan jakan raya, penyediaan lampu jalan, pungutan sampah, kawalselia undang- undang DBKU, kawalan trafik, landskap kawasan, kacauganggu dsbnya. Aduan awam diterima diterima pelbagai saluran seperti talian talikhidmat (082555999), hotline DBKU (082446644), whatsapp DBKU ( 0168864466), apps talikhidmat (link), suratkhabar, email dan seterusnya. Tugas koordinasi aduan termasuk merekod, mengemaskini dan melaporkan setiap aduan atau maklumbalas yang diterima. Mesyuarat Pengurusan Maklumbalas diadakan sebulan sekali bagi memastikan setiap aduan atau maklumbalas yang diterima diselesaikan dengan cepat dan tepat. Secara purata, DBKU menerima sebanyak 200 ke 300 aduan/ maklumbalas sebulan. Survei kepuasan pelanggan dibuat setiap bulan ke atas 20% daripada jumlah aduan melalui talian telefon. |
|
|