Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 39
total visitor Jumlah Pelawat 8,094,244
DBKU akan meneruskan usaha menghidupkan semula perahu tambang
Tarikh : 06 Nov 2023  Sumber Berita: Utusan Borneo
 
Dr Abdul Rahman menerima cenderamata berupa replika perahu tambang daripada Hilmy (dua kanan) pada Majlis Perasmian ‘City Stage and Legacy Project’ sempena Forum Bandar Malaysia Ke-5 2023 hari ini. Dr Abdul Rahman menerima cenderamata berupa replika perahu tambang daripada Hilmy (dua kanan) pada Majlis Perasmian ‘City Stage and Legacy Project’ sempena Forum Bandar Malaysia Ke-5 2023 hari ini.

KUCHING: Dewan Bandaraya Utara Kuching (DBKU) akan meneruskan usaha menghidupkan semula perahu tambang atau teksi sungai sebagai sebahagian daripada inisiatif perbandaran mampan pihak berkuasa tempatan itu.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia bagi meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi dan mata pencarian pengusaha selain berfungsi sebagai tarikan pelancongan dan pengindahan mobiliti sungai di Sungai Sarawak.

“Konsep penambang (pengusaha bot) telah wujud sejak tahun 1800-an sebelum pemerintahan Rajah putih pertama. 

“Dan pengangkutan jarak dekat ini telah sedikit berubah pada hari ini,” katanya pada Majlis Perasmian ‘City Stage and Legacy Project’ sempena Forum Bandar Malaysia Ke-5 2023 di Pusat Hikmah Exchange di sini, hari ini.

Di bawah inisiatif DBKU, Dr Abdul Rahman berkata Aplikasi Jejak Warisan Kuching Lama atau Peta Digital Warisan Kuching Lama akan dikemas kini untuk memberi maklumat mengenai perhentian dan jadual perjalanan perahu tambang.

“Malah, sebuah entiti juga akan dibentuk untuk menyeragamkan dan mengawal selia bayaran caj yang boleh diterima dan menyediakan jadual operasi dan pakej komersial.

Sehubungan itu katanya, tema Forum Bandar Malaysia 2023 iaitu ‘Memangkin Tindakan Transformasi Untuk Perbandaran Mampan dan Berdaya Tahan’ bertujuan menggalakkan pembangunan bandar yang mampan.

“Sarawak khususnya juga telah mengalami perbandaran yang ketara dan beberapa cabaran yang kita hadapi hari ini seperti kesesakan lalu lintas, perumahan dan alam sekitar,” jelasnya.

Susulan itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak telah melancarkan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk masyarakat mencapai kemakmuran ekonomi yang dipacu oleh data dan inovasi.

“Kemampanan alam sekitar adalah sebahagian daripada inisiatif pembangunan Sarawak. 

“Ini bagi memastikan persekitaran yang bersih dan sihat untuk generasi sekarang dan akan datang,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu memuji DBKU kerana mengambil langkah ke arah mencapai bandar rendah karbon dengan menghasilkan Pelan Induk Bandar Karbon Rendah DBKU dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“DBKU sememangnya komited dalam perjalanan untuk menjadi bandar rendah karbon dengan membangunkan Pelan Induk Bandar Karbon Rendah DBKU 2025-2030.

“Pelan ini turut disenaraikan sebagai Pelan Tindakan 56 di bawah CBS (Bersih, Cantik, Selamat, Pintar dan Mampan) teras Rancangan Strategik DBKU 2023-2025,” katanya. 

Sementara itu, Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman berkata sudah tiba masanya untuk aplikasi mudah alih Pengangkutan Sungai Kuching-Perahu Tambang diwujudkan selaras dengan usaha pendigitalan kerajaan negeri.