Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 27
total visitor Jumlah Pelawat 8,200,791
200 atlet Muaythai berentap dalam Kejohanan Muaytahai Piala TYT tahun ini
Tarikh : 12 May 2023  Sumber Berita: SarawakNews
 

KUCHING: Seramai 200 atlet sukan Muay Thai bakal berentap dalam Kejohanan Muaytahai Piala TYT pada tahun ini yang diadakan bermula 12 Mei hingga 14 Mei.

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datu Junaidi Reduan memuji komitmen dan usaha berterusan Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) dalam memartabatkan sukan muaythai negeri ini hingga dikenali di peringkat dunia.

“DBKU akan terus menyokong penganjuran acara sukan di negeri ini untuk meningkatkan penglibatan golongan muda dalam aktiviti sukan.

“Acara ini bukan sahaja merancakkan aktiviti sukan malah membantu memulihkan semula aktiviti ekonomi di negeri ini terutama sekali sektor pelancongan kita,”katanya ketika ditemui dalam program sesi memperkenalkan peserta kejohanan berkenaan di sini pada Khamis.

Antara atlet-atlet yang terlibat dalam kejohanan ini adalah atlet daripada negara Thailand, Kemboja, Yaman, Singapura , Filipina dan Moroco.