Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 72
total visitor Jumlah Pelawat 8,208,222
Kontraktor baharu akan dilantik teruskan naik taraf Jalan Tan Sri Abang Ikhwan
Tarikh : 03 Feb 2023  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

SERIAN: Kontraktor baharu akan dilantik untuk meneruskan kerja-kerja naik taraf 1.7 kilometer Jalan Tan Sri Abang Ikhwan di kawasan Semariang, Kuching.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kontraktor sebelum ini yang dipertanggungjawabkan atas projek naik taraf itu akan ditamatkan perkhidmatannya.

“Saya telah difahamkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bahawa kontraktor berkenaan akan ditamatkan kontrak atas sebab kegagalannya menyiapkan projek ini yang sudah pun berlarutan sehingga dua hingga tiga tahun.

“DBKU juga memaklumkan saya yang pihaknya kini dalam proses melantik kontraktor baharu. Saya menjangkakan pada bulan Mac akan ada kontraktor baharu yang akan meneruskan pembuatan jalan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selesai Majlis Penyerahan Sumbangan SABERKAS Prihatin Khas sempena Sambutan Jubli Emas SABERKAS 2023 di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Serian di sini, hari ini.

Jelas Sharifah Hasidah juga, projek itu akan mengambil sedikit masa dan kos untuk menaik taraf jalan tersebut juga akan meningkat, namun pihaknya sedang berusaha meneliti isu-isu tersebut.

Terdahulu pada Ogos 2020, media melaporkan Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM5.2 juta bagi projek menaik taraf laluan daripada dua lorong kepada empat lorong di Jalan Tan Sri Abang Ikhwan itu.

Ia bertujuan melancarkan aliran trafik di kawasan itu susulan kerap berlaku kesesakan di jalan berkenaan disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.