Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 44
total visitor Jumlah Pelawat 8,164,527
Ibu pejabat DBKU ditutup buat sementara waktu - Suara Sarawak
Tarikh : 10 Aug 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 
Ibu pejabat DBKU ditutup buat sementara waktu

KUCHING: Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching akan ditutup pada 11 hingga 13 Ogos 2021 (Rabu hingga Jumaat)

DBKU dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dalam usaha mengekang penularan virus Covid-19.

“Sehubungan itu semua urusan di kaunter-kaunter di Ibu Pejabat DBKU dihentikan sementara.

“Pembayaran secara atas talian boleh dibuat melalui portal DBKU eServiceKU di pautan eserviceku.dbku.gov.my, JomPay, Sarawak Pay, Paybills Malaysia, CIMB, BSN dan Maybank2U,” katanya.

Menurutnya lagi, semua kaunter-kaunter di Ibu Pejabat DBKU akan beroperasi semula pada 16 Ogos 2021 (Isnin).