Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 34
total visitor Jumlah Pelawat 8,113,732
DBKU cipta sejarah, lancar radioKU pada 27 Mac ini
Tarikh : 15 Mar 2019  Sumber Berita: Sarawak Post FB
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bakal mencipta sejarah apabila menjadi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di Sarawak melancarkan Radio DBKU yang dinamakan radioKU pada 27 Mac ini.

Menerusi tagline ”Kusss... Semengat!” pelancaran radio atas talian itu bertujuan mendekatkan hubungan secara langsung dan tanpa sempadan dengan warga kota Kuching Utara.

Majlis pra pelancaran radioKU itu telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Haji Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai.

Upacara pelancaran radioKU tersebut akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg bersempena Agenda Warisan Pintar Old Kuching.

Sebaik sahaja pelancaran tersebut ianya akan bersiaran secara atas talian melalui internet.

Warga kota Kuching boleh mendengar radioKU dengan melayari laman web rasmi DBKU iaitu di https://dbku.sarawak.gov.my.

Warga kota juga boleh memuat turun aplikasi radioKU di Google Play pada masa akan datang.

Pelbagai segmen menarik akan disiarkan seperti Tazkirah, Motivasi Pagi, Hello Kuching!, Porettt Lok!, dan DBKU & Anda dari hari Isnin sehingga Jumaat, jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang mulai 27 Mac 2019 nanti.

Selain itu, radioKU juga akan lebih meriah dengan 10 orang penyampai radio yang petah bercakap iaitu DJ SheemaDean, DJ Yus, DJ Raj, DJ SB, DJ Sha, DJ Shah, DJ AJ, DJ Sab, DJ Faz, dan DJ Is. Kesemua DJ-DJ ini merupakan warga kerja DBKU yang sangat berpengalaman.

Harapan DBKU dengan adanya radioKU ini ianya akan memberi lebih banyak platform dan pilihan untuk menjalinkan kerjasama yang positif dengan warga kota Kuching.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam DBKU di talian 082-512 200.