Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 96
total visitor Jumlah Pelawat 8,224,945
DBKU komited sokong kempen Earth Hour, tangani isu perubahan iklim
Tarikh : 25 Mar 2024  Sumber Berita: Utusan Borneo
 
Antara orang ramai yang menyertai Sambutan Earth Hour 2024 DBKU di Pangkalan Sapi malam Sabtu. - Gambar Chimon Upon Antara orang ramai yang menyertai Sambutan Earth Hour 2024 DBKU di Pangkalan Sapi malam Sabtu. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) komited menyokong kempen Earth Hour dunia dalam usaha menangani perubahan iklim akibat pemanasan global.

Ahli Majlis DBKU Dato Grunsin Ayom berkata, sokongan ini dapat dilihat menerusi penganjuran Sambutan Earth Hour 2024 oleh DBKU malam tadi dengan mematikan lampu selama sejam.

Kempen seumpama ini katanya, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perubahan iklim dan kesan alam sekitar menerusi penggunaan tenaga elektrik.

“Tahun ini merupakan tahun ke-17 sambutan Earth Hour sejak ia diperkenalkan pada tahun 2007 di Sydney, Australia.

“Justeru, kami harap warga Kuching dan sudah tentu seluruh dunia akan bersama-sama meraikan Earth Hour sebagai usaha memelihara alam sekitar dan sudah tentu menjadikan dunia tempat yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Sambutan Earth Hour 2024 di Pangkalan Sapi di sini, malam Sabtu.

Terdahulu, sebahagian kawasan pentadbiran DBKU di Pangkalan Sapi di sini, bergelap selama sejam sebagai tanda sokongan terhadap kempen Earth Hour.

Beberapa lampu jalan termasuk lampu bangunan di sekitar kawasan itu dipadamkan mulai 8.30 malam. 

Earth Hour adalah acara global tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF) yang menggalakkan individu, komuniti dan perniagaan untuk mematikan lampu yang tidak penting dan peralatan elektrik selama satu jam. 

Tindakan simbolik ini, yang berlaku pada Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun, bertujuan  meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan menggalakkan kelestarian.

Acara ini melambangkan komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon dan pemuliharaan tenaga, sambil menekankan keperluan untuk tindakan global untuk menangani perubahan iklim.

Di sebalik masa kegelapan, Earth Hour menggalakkan individu dan komuniti untuk mengamalkan amalan mampan dalam kehidupan seharian mereka dan menyokong dasar yang menggalakkan perlindungan alam sekitar.