Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 41
total visitor Jumlah Pelawat 8,078,338
Status wilayah Sarawak, Sabah dibincang Khamis
Tarikh : 16 Jan 2023  Sumber Berita: Harian Metro
 

Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim.

Kuching: Pewartaan status Sarawak dan Sabah secara rasmi sebagai wilayah antara yang akan dibincangkan pada mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual diadakan di sini, Khamis ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, ketika pembentukan Malaysia pada 1963, Sarawak dan Sabah memang diiktiraf sebagai wilayah.

Bagaimanapun katanya, banyak perubahan yang berlaku dalam tempoh 60 tahun sehingga status Sarawak dan Sabah disebut sebagai negeri.

"Sememangnya dari mula lagi sepatutnya kita (Sarawak dan Sabah) berstatus wilayah seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia (MA63).

"Sebab itu kita pinda perlembagaan dan MA63 seterusnya (menukar) Ketua Menteri kepada Premier Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Hari Tanpa Kereta, anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Padang Merdeka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, status wilayah termaktub di dalam MA63 serta Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) ketika pembentukan Malaysia.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno berkata, kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan kedudukan wilayah Sabah dan Sarawak menjadi lebih strategik untuk dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baharu.

Ahmad Zahid dilapor berkata, sejak 60 tahun lalu, Sabah dan Sarawak banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan kini adalah masa terbaik untuk sama-sama memajukan dua wilayah itu seiring dengan perkembangan di keseluruhan kepulauan Borneo termasuk Kalimantan, Indonesia.