Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 46
total visitor Jumlah Pelawat 8,177,635
Perkenal dasar ‘seorang rakyat, sebatang pokok’ - Suara Sarawak
Tarikh : 21 May 2022  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

Abdul Rahman Junaidi

KUCHING: Dasar ‘seorang rakyat, sebatang pokok’ harus diperkenalkan bagi menggalakkan masyarakat menanam pokok sekali gus menyokong agenda kelestarian alam sekitar Sarawak.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang mencadangkan perkara tersebut berkata, jika dasar tersebut dapat diamalkan bermula sekarang, negeri ini akan menjadi lebih hijau pada masa akan datang.

“Di tempat lain ada yang menganjurkan pertandingan menanam pokok dan ada yang menyarankan untuk setiap kelahiran bayi , pasangan itu mesti menanam pokok.

“Bayangkan jika ia dilakukan, kita mempunyai kira-kira 800,000 penduduk dan jika setiap orang menanam pokok setiap tahun dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, bandar ini akan menjadi lebih hijau,” katanya.

Adun Pantain Damai itu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2022 di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) juga sudah bergerak seiring dalam memastikan kelestarian alam sekitar, paling penting ia sangat berkaitan dengan penangkapan karbon kerana sentiasa melaksanakan aktiviti penanaman pokok di sekitar bandar.