Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 26
total visitor Jumlah Pelawat 8,111,039
Masalah banjir kilat Kampung Temenggong kini ditangani
Tarikh : 04 Nov 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

Masalah banjir kilat Kampung Temeggong kini ditangani

KUCHING: Sistem perparitan Lorong 2 Kampung Temenggong di sini, dinaik taraf bagi menangani masalah banjir kilat.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, projek tersebut berharga RM285,000 mengakhiri masalah penduduk di kawasan tersebut.

“Penduduk sentiasa berdepan dengan banjir kilat bila hujan tanpa henti. 

Justeru, projek sepanjang 260 meter itu adalah jalan penyelesaian bagi menangani air melimpah dan parit tersumbat.

“Alhamdulillah. Projek yang menggunakan dana Projek Rakyat ini dapat disiapkan,” katanya selepas menyaksikan penyerahan projek antara Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) kepada Ketua Kampung (KK) Kampung Temenggong Falehi Bujang Isnin.

Kampung Temenggong terletak di Jalan Matang menghala ke Telaga Air popular dengan produk tempatan seperti air kelapa.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang meluluskan peruntukan untuk pembangunan projek tersebut.

“Ini membuktikan kerajaan kita sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat termasuk dalam aspek pembangunan,” ujarnya.