|
Kayuhan Basikal Malam meriah |
Tarikh : 18 Sep 2020 Sumber Berita: Suara Sarawak
|
Lebih 100 peserta dari pelbagai peringkat umur menyertai program terbabit Meskipun, berlangsung dalam suasana hujan lebat akan tetapi ia tidak mematahkan semangat mereka terlibat.
Upacara pelepasan peserta kayuhan dengan jarak 28 kilometer di pekarangan Kompleks Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak disempurnakan Timbalan Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Rudzaimeer Malek mewakili Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan & Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Program berkenaan dianjurkan oleh JBS Negeri Sarawak dengan PDRM, bomba, DBKU, Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Persatuan Berbasikal Sarawak.
Objektif penganjuran program menonjolkan semangat patriotik dikalangan peserta terlibat sejajar dengan sambutan Hari Malaysia 2020.
|
|
|