Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 46
total visitor Jumlah Pelawat 8,105,260
Tingkatkan pengetahuan masyarakat dalam pelbagai bidang
Tarikh : 03 Sep 2020  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

KUCHING: Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) yang ditubuhkan di peringkat kampung berperanan membantu Majlis Kerajaan Tempatan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat dalam pembangunan kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, peranan seperti menjaga kebersihan kampung dan aktiviti membuat simen fero ini dapat mengeratkan silaturahim antara penduduk kampung.

“Selain Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Saberkas dan Rela, KJM juga bersama membangunkan kampung.

“Lebih mudah lagi apabila KJM berperanan membantu tugas Majlis Kerajaan Tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Kampung Goebilt dalam menjaga kebersihan kampung.

“Dalam pada itu, pembelajaran seperti membuat simen fero ini boleh membantu penduduk meningkatkan ekonomi dalam bidang pembuatan yang boleh dikomersialkan,” katanya semasa berucap dalam Bengkel Kesejahteraan Komuniti Kampung Goebilt Simen Fero pada Sabtu.

Pada majlis itu juga seramai 7 buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) melibatkan 5 buah KJM iaitu KJM Goebilt, KJM Bako Hijrah, KJM Sejingkat, KJM Senari dan KJM Muara Tebas masing-masing menerima geran RM5,000, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebanyak RM5,000 dan Drag Goebilt berjumlah RM2,000.

Turut disampaikan sumbangan insentif kepada 11 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).