Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 43
total visitor Jumlah Pelawat 8,180,047
Operasi nyah cemar di Sarawak bermula
Tarikh : 30 Mar 2020  Sumber Berita: Metro TV
 
MEDAN Niaga Satok dan Pasar Stutong di Kuching menjalani proses sanitasi awam bagi menyekat rantaian penularan wabak Covid-19, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, operasi nyah cemar itu turut dibantu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Kementerian Kesihatan serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Beliau berkata, operasi di lokasi tumpuan ramai itu selaras dengan arahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Selepas ini operasi akan diperluaskan ke seluruh negeri dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan di kawasan berkaitan,” katanya ketika ditemui di Medan Niaga Satok, hari ini.

Khirudin berkata, pihaknya turut mengharapkan ada pihak tampil membantu membekalkan cecair serta peralatan untuk memperluaskan lagi operasi nyah cemar itu.

 

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan bahagian Kuching dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkerjasama dalam operasi nyah cemar di Medan Niaga Satok. FOTO Nadim BokhariANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan bahagian Kuching dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berkerjasama dalam operasi nyah cemar di Medan Niaga Satok. FOTO Nadim Bokhari

“Bantuan ini diperlukan kerana lojistik sedia ada yang kami miliki hanyalah untuk keadaan biasa.

“Kami perlu melakukan lebih banyak lagi operasi besar-besaran khususnya di kawasan tumpuan ramai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah DBKU, Dr Morshidi Ahmad berkata, pihaknya sudah melakukan proses sanitasi di beberapa lokasi tumpuan dalam kawasan tanggungjawab sejak seminggu lalu.

“DBKU melaksanakan proses sanitasi itu di masjid, surau, tandas awam, perhentian bas dan pasar.

“Hari ini, kami mendapat bantuan agensi lain dan selepas ini dengan kerjasama pelbagai pihak, operasi boleh dilaksanakan dalam skala yang lebih besar,” katanya.

 

OPERASI nyah cemar di Medan Niaga Satok. FOTO Nadim BokhariOPERASI nyah cemar di Medan Niaga Satok. FOTO Nadim Bokhari