Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 39
total visitor Jumlah Pelawat 8,106,589
6 gelandangan positif syabu
Tarikh : 02 Jul 2019  Sumber Berita: Berita Harian Online
 
ANGGOTA penguatkuasa menjalankan Operasi Bersepadu di persekitaran bangunan terbiar Jalan Ajibah Abol. - Foto Melvin Joni

KUCHING: Enam gelandangan ditahan sekitar bandaraya ini selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam dua Operasi Bersepadu sejak Sabtu lalu.

Operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pejabat Residen, Jabatan Kesihatan Sarawak dan polis.

Jurucakap AADK berkata semua gelandangan itu terdiri daripada lelaki berusia 30 hingga 50 tahun dan antara lokasi yang menjadi tumpuan operasi ialah persekitaran bangunan terbiar Jalan Ajibah Abol, Kampung Panglima Seman dan Kampung Rampangi.

“Enam lelaki yang ditahan ini difahamkan sudah tinggal lama di bangunan terbiar di Jalan Ajibah Abol di sini. Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (pindaan 1998),” katanya.

Beliau berkata, AADK akan meneruskan operasi seumpamanya untuk membersihkan bandaraya itu daripada kegiatan yang boleh mencemarkan imej Kuching.

Sementara itu, di Limbang, seorang penganggur yang pernah dipenjara kerana memiliki dadah sebelum ini, dicekup sekali lagi semalam bersama 10 paket plastik kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, yang mengesahkan penahanan suspek lelaki berusia 23 tahun itu di kawasan Perumahan Batu Biah pada jam 1.20 pagi, berkata jumlah rampasan adalah seberat 11 gram dan bernilai RM1,400.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39A (1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.