Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 22
total visitor Jumlah Pelawat 8,105,719

JUALAN  PETAK  REGATTA

SEMPENA  SARAWAK  REGATTA  2019

KUCHING:Bagi memeriahkan lagi Sarawak Regatta 2019, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menetapkan beberapa lokasi bagi menempatkan penjaja-penjaja bermula 25 – 27 Oktober 2019 (Jumaat – Ahad) dan 1 – 3 November 2019 (Jumaat – Ahad) di sepanjang Jalan Gambier dan Esplanade Kuching.

Sebanyak 225 petak telah disediakan dengan kategori jualan seperti berikut:-

  1. Tekstil, Aksesori, Permainan Kanak-kanak dan lain-lain;
  2. Makanan dan Minuman;
  3. Makanan Ringan (berbungkus); dan
  4. Buah-buahan.

Bayaran permit untuk tempoh 6 hari tersebut adalah sebanyak RM150.00 sepetak yang berukuran 10’ x 10’.  Penjaja-penjaja hendaklah menggunakan meja dan kanopi sendiri dengan ukuran 10’ x 10’ semasa menjalankan aktiviti perniagaan untuk memastikan keseragaman dan memudahkan kerja-kerja susun atur dilakukan.

Jualan petak akan diadakan di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Kuching pada 16 Oktober 2019 (Rabu) mulai jam 8.30 pagi.  Semua petak jualan yang ditawarkan adalah atas dasar ‘First Come, First Serve’.

 

Penjaja dikehendaki untuk datang sendiri dan mestilah membawa dokumen seperti berikut:-

 

a)         Dua (2) keping gambar berukuran pasport;

b)         Satu (1) salinan Kad Pengenalan;

c)         Satu (1) salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan;

d)        Satu (1) salinan Laporan Pemeriksaan Kesihatan          beserta suntikan pelalian anti tifoid (Vaksin Kepialu) atau salinan Kad Pengendalian Makanan yang dikeluarkan oleh DBKU; dan

e)         Yuran pembayaran (Tunai) RM150.00

 

Seterusnya, penjaja-penjaja yang telah mendaftar perlu menghadiri sesi taklimat dan cabutan undi petak jualan pada hari yang sama, 16 Oktober 2019 (Rabu) di Auditorium DBKU, Bukit Siol. 

Adalah diingatkan kepada semua penjaja supaya sentiasa memastikan kebersihan petak, keselamatan makanan yang dijual dan mematuhi peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak DBKU sepanjang pesta ini berlangsung nanti.

Jika terdapat sebarang pertanyaan/kemusyilan, sila hubungi Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082-234654 / 234657.