Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 85
total visitor Total Visitors 16,033,160
Kuching dipilih Konvenor, Bandar Pengerusi AFHC 2028 hingga 2030
Posted on : 03 Sep 2026  Source of News: Utusan Sarawak
 
PENGIKTIRAFAN… Wakil Kuching bersama delegasi EPU Sarawak, DBKU, MBKS dan MPP pada Mesyuarat Agung Ke-11 Perikatan Bandar Sihat (AFHC) di Sydney, hari ini. Foto DBKU.

SYDNEY: Kuching dipilih secara sebulat suara sebagai Konvenor dan Bandar Pengerusi Perikatan Bandar Sihat(Alliance for Healthy Cities, AFHC) bagi tempoh 2028 hingga 2030 pada Mesyuarat Agung Ke-11 AFHC di Sydney, hari ini.

Kuching turut disahkan sebagai tuan rumah Persidangan Global AFHC Ke-12 pada 2028 yang akan menghimpunkan pemimpin bandar sihat, pembuat dasar, pakar dan pengamal daripada rangkaian AFHC ke Sarawak.

Kuching diwakili bersama oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), mencerminkan kerjasama antara empat agensi dalam memperkukuh agenda Bandar Sihat.

Pemilihan itu menjadi pengiktirafan kepada Kuching dan Sarawak, khususnya ketika AFHC kini mempunyai 181 bandar dan organisasi anggota yang komited mempromosikan komuniti lebih sihat, mampan dan berteraskan kesejahteraan rakyat.

Sebagai Konvenor dan Bandar Pengerusi, Kuching akan memainkan peranan lebih besar dalam memperkukuh kerjasama, perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik antara bandar anggota AFHC.

Penganjuran persidangan global pada 2028 pula akan menjadi platform untuk mengetengahkan inisiatif dan pengalaman Kuching serta Sarawak kepada masyarakat antarabangsa, selain memperkukuh jaringan kerjasama dalam bidang bandar sihat, kelestarian dan kesejahteraan komuniti.

Pencapaian itu merupakan kejayaan bersama Kuching dan Sarawak hasil komitmen serta kerjasama EPU, DBKU, MBKS dan MPP dalam usaha membangunkan Kuching sebagai bandar yang lebih sihat, mampan dan berteraskan kesejahteraan rakyat.