Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 84
total visitor Total Visitors 16,033,159
DBKU diiktiraf ‘Healthy City Expert’ atas komitmen bandar inklusif
Posted on : 01 Sep 2026  Source of News: TVS
 
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sekali lagi mengharumkan nama Sarawak di persada antarabangsa apabila menerima pengiktirafan “Healthy City Expert” daripada Alliance for Healthy Cities (AFHC).Foto DBKU

KUCHING, 1 Sept: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sekali lagi mengharumkan nama Sarawak di persada antarabangsa apabila menerima pengiktirafan “Healthy City Expert” daripada Alliance for Healthy Cities (AFHC).

Pengiktirafan itu diterima sempena 11th Global Conference for the Alliance for Healthy Cities 2026 yang berlangsung di Sydney, Australia, dari 1 hingga 3 September 2026.

Menurut kenyataan DBKU, pengiktirafan berkenaan diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen DBKU dalam memperluas pendekatan inklusiviti komuniti, khususnya menerusi inisiatif Kejiranan Mesra serta pelbagai program yang menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam pembangunan sosioekonomi setempat.

“Usaha tersebut mencerminkan komitmen DBKU dalam membangunkan bandar yang bukan sahaja maju, malah inklusif, selamat, lestari dan berdaya huni.

“Pengiktirafan itu turut membuktikan pendekatan berteraskan komuniti yang dilaksanakan di Kuching mendapat perhatian serta pengiktirafan di peringkat global,” kata kenyataan itu.

Hadir menerima pengiktirafan itu ialah Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman dan Pemangku Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Ir. Ts. Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Komuniti), Rudzaimeir Malek.