Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 78
total visitor Total Visitors 15,808,474
Retro Zumba PERKIM sasar 1,000 peserta
Posted on : 10 Aug 2026  Source of News: TVS
 
Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Rudzaimeir Malek semasa Perkim Sarawak Retro Zumba Aerodance 2026 di Kuching pada Isnin. Foto TVS

KUCHING, 10 Ogos: Program Retro Zumba dan Aerodance anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak menyasarkan penyertaan sehingga 1,000 peserta pada 13 September ini.

Setiausaha Kehormat PERKIM Sarawak Datin Mazlin Darus, berkata sasaran itu ditingkatkan berbanding 800 peserta pada penganjuran tahun lalu.

“Tahun lepas, kita sasarkan 800 peserta. Dengan bantuan pihak media, kami harap dapat mencapai sehingga 1,000 peserta. Jadi, kami amat memerlukan bantuan anda semua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media PERKIM Sarawak Retro Zumba Aerodance 2026 di Kuching, pada Isnin.

Menurutnya, program berkenaan mengetengahkan aktiviti fizikal dalam suasana santai dan menyeronokkan, sekali gus membuka ruang kepada penyertaan masyarakat daripada pelbagai lapisan umur.

Pendekatan berkenaan dijangka menjadikan program itu lebih mudah disertai, selain menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan secara berkumpulan.

Program Retro Zumba dan Aerodance dijadualkan berlangsung pada 13 September ini.