Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 56
total visitor Total Visitors 14,372,678
DBKU International X-Games 2026 kembali gegar Kuching
Posted on : 31 Mar 2026  Source of News: TVS
 
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media DBKU International X-Games 2026.

KUCHING, 31 Mac: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) International X-Games 2026 kembali dianjurkan dengan skala lebih besar, dijangka menghimpunkan lebih 200 atlet sukan ekstrem dari dalam dan luar negara.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata penganjuran edisi kali ini tampil lebih hebat susulan kejayaan acara itu pada 2024 dan 2025.

Beliau berkata, kejohanan bertaraf antarabangsa itu sekali gus menjadikan Kuching sebagai pentas utama aksi sukan ekstrem berintensiti tinggi.

“Acara ini dijangka menghimpunkan lebih 200 atlet sukan ekstrem dari dalam dan luar negara, sekali gus menjadikan Kuching sebagai pentas utama bagi aksi sukan ekstrem yang penuh adrenalin.

“Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu junior bawah 15 tahun dan kategori terbuka bagi semua acara yang dipertandingkan,” katanya pada sidang media DBKU International X-Games di sini, hari ini.

Menurut beliau, penganjuran itu bertujuan menyediakan platform kompetitif kepada atlet sukan ekstrem, khususnya atlet tempatan, untuk mempamerkan bakat di peringkat antarabangsa.

Katanya, ia turut membuka peluang kepada atlet tempatan bersaing serta bertukar pengalaman dengan peserta luar negara.

“Selain itu, penganjuran ini dijangka menarik kehadiran peminat sukan ekstrem ke Kuching serta mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti sukan berkenaan.

“Saya percaya penyertaan bukan sahaja dari Kuching, malah turut melibatkan atlet dari Sibu, Bintulu dan Miri,” katanya.

Abdul Karim berkata, program itu juga berperanan sebagai medium strategik mempromosikan Sarawak sebagai destinasi utama sukan ekstrem, selari dengan usaha memperkasakan golongan belia melalui penglibatan dalam aktiviti sihat dan berdaya saing.

DBKU International X-Games 2026 anjuran DBKU dengan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Canard Group akan berlangsung di Tebingan Sungai Kuching dari 8 hingga 12 April ini.

Acara bertemakan “Unleash the Action” itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM15,200.

Antara acara dipertandingkan ialah aggressive rollerblading, BMX flatland, BMX stunt, sukan air, skateboarding, pickleball dan bola keranjang jalanan.