Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 59
total visitor Total Visitors 14,152,811
Program pengagihan bubur pedas, bubur lambuk eratkan semangat kejiranan
Posted on : 02 Mar 2026  Source of News: Utusan Sarawak
 
DATUK Abdul Rahman Junaidi menyampaikan agihan bubur pedas kepada penduduk pada program Kejiranan Mesra di Kampung Surabaya, hari ini.

PETRA JAYA: Program pengagihan bubur pedas dan bubur lambuk anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus menjadi platform mengeratkan hubungan kejiranan serta menyemarakkan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat setempat sepanjang Ramadan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, program tersebut merupakan inisiatif di bawah Kejiranan Mesra yang digerakkan bersama jawatankuasa penduduk dan agensi berkaitan.

Menurutnya, pada program yang diadakan di Kampung Surabaya itu, sebanyak 700 pek bubur pedas, 500 pek bubur lambuk, 1,000 pek mi segera serta 500 buah nanas diagihkan kepada penduduk untuk juadah berbuka puasa.

“Sejak awal pagi, ahli jawatankuasa Kejiranan Mesra dan penduduk kampung bergotong-royong menyediakan bubur pedas dan bubur lambuk sebelum diagihkan pada sebelah petang.

“Program seperti ini menjadi tradisi setiap kali Ramadan dan bukan sahaja diadakan di sini, malah turut dilaksanakan di kampung serta kawasan perumahan lain di bawah pentadbiran DBKU,” katanya ketika ditemui media, hari ini.

Beliau berkata, penglibatan pelbagai pihak dalam menjayakan program tersebut membuktikan semangat kerjasama yang kukuh dalam kalangan masyarakat bandar raya.

Tambahnya, selain berkongsi rezeki, program berkenaan turut memberi peluang kepada penduduk untuk berinteraksi secara lebih dekat sekali gus memperkukuh perpaduan komuniti setempat.