Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 61
total visitor Total Visitors 14,152,826
Khalidi Ibrahim dilantik sebagai Mufti Sarawak yang baharu
Posted on : 02 Mar 2026  Source of News: Utusan Borneo
 
Dr Abdul Rahman tiba bagi Program Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra DBKU di Tebingan Sungai BGS, Kampung Sourabaya Ulu. - Gambar Roystein Emmor  Dr Abdul Rahman tiba bagi Program Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra DBKU di Tebingan Sungai BGS, Kampung Sourabaya Ulu. - Gambar Roystein Emmor 

KUCHING: Datu Khalidi Ibrahim dilantik sebagai Mufti Sarawak yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2026 menggantikan Datu Kipli Yassin yang tamat perkhidmatan pada 28 Februari 2026. 

Pelantikan Khalidi sebagai Mufti Sarawak yang baharu diumumkan  oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika ditemui pemberita hari ini. 

Terdahulu, beliau hadir pada Program Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra DBKU yang berlangsung di Tebingan Sungai BGS, Kampung Sourabaya Ulu di sini. 

“Datu Khalidi sebelum ini berkhidmat sebagai Pakar Rujuk Syariah di Jabatan Mufti Sarawak dan mulai hari ini (1 Mac 2026), beliau adalah Mufti kita yang baharu,” katanya. 

Dr Abdul Rahman turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada bekas Mufti Datu Kipli atas sumbangan besar beliau sepanjang memegang jawatan itu selama 16 tahun. 

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, Kipli banyak memberi pandangan serta nasihat khususnya dalam hal ehwal berkaitan hukum syarak dan pengeluaran fatwa. 

Mengulas mengenai perkembangan semasa di Timur Tengah, Dr Abdul Rahman menasihati rakyat Sarawak dan Malaysia yang berada di rantau itu agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri. 

Beliau turut memaklumkan anaknya yang kini bekerja di Doha akan menghantar maklumat setiap setengah jam bagi memaklumkan situasi di negara tersebut. 

Justeru, beliau menggesa rakyat Sarawak yang berada di rantau itu untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan dan Kedutaan Malaysia serta mematuhi segala arahan keselamatan yang dikeluarkan. 

“Kita berdoa agar keadaan kembali reda dan peperangan dapat dihentikan segera, namun keselamatan diri mesti menjadi keutamaan,” katanya.