Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 62
total visitor Total Visitors 14,152,817
DBKU santuni 16 anak yatim piatu, anak istimewa dari Pusat Kebajikan Juma’ani
Posted on : 03 Mar 2026  Source of News: Utusan Borneo
 
Dr Abdul Rahman menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari. turut kelihatan Dayang Norjihan. -Gambar UKAS Dr Abdul Rahman menyampaikan cenderamata kepada Abang Johari. turut kelihatan Dayang Norjihan. -Gambar UKAS

KUCHING: Suasana penuh keinsafan dan kasih sayang menyelubungi Majlis Berbuka Puasa dan Solat Berjemaah bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg apabila Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyantuni 16 anak yatim piatu serta anak-anak istimewa dari Pusat Kebajikan Juma’ani di Kompleks Satria Pertiwi di sini, semalam.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), senyuman dan keterujaan jelas terpancar pada wajah anak-anak yang menerima sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Abang Johari sebaik selesai berbuka puasa.

Sumbangan tersebut bukan sekadar bantuan material, malah menjadi simbol keprihatinan dan dukungan berterusan kerajaan negeri terhadap golongan yang memerlukan, khususnya dalam keberkatan bulan Ramadan.

Kehadiran Abang Johari pada majlis itu turut mencerminkan komitmen kepimpinan negeri dalam mendekati rakyat serta memperkukuh nilai kebajikan, empati dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang lapisan.

Terdahulu, beliau bersama dif kenamaan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Majlis kemudian diteruskan dengan solat Isyak dan solat sunat Tarawih sebelum diakhiri dengan jamuan moreh dalam suasana penuh ukhuwah.

Turut hadir anak Premier Sarawak Dayang Norjihan, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Ibrahim Baki, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman, Datuk Bandar DBKU Dato Hilmy Othman, ketua-ketua jabatan serta tetamu lain.