|
|
|
DBKU pastikan Bandaraya Kuching tetap selamat, bersih |
|
Posted on : 10 Jan 2026 Source of News: TVS
|
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga bandar meskipun berdepan hujan lebat. Foto DBKU
KUCHING, 10 Jan: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan terus memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga bandar meskipun berdepan hujan lebat.
Dalam kenyataan rasmi, DBKU menegaskan pihaknya berusaha untuk memastikan bandar tetap selamat dan tidak terjejas akibat musim banjir.
“Saat kebanyakan kita berlindung daripada hujan, pekerja kami berada di jalanan, membersihkan longkang dan parit tersumbat, memotong pokok tumbang, serta mengalihkan halangan yang boleh membahayakan nyawa pemandu dan pejalan kaki. Tangan mereka kotor, pakaian mereka basah, tubuh mereka letih, namun tanggungjawab tidak pernah ditinggalkan.
“Mereka berjuang setiap hari sedaya upaya untuk memastikan keadaan bandar tetap teratur dan selamat, terutama ketika hujan lebat dan risiko banjir meningkat,” kata kenyataan itu, hari ini.
DBKU turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa memberi kerjasama dengan mengelakkan membuang sampah ke dalam longkang dan mematuhi arahan pihak berkuasa, bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan bandar.
Pengorbanan pekerja DBKU ini menjadi simbol dedikasi dan tanggungjawab dalam memastikan kehidupan warga Kuching Utara tidak terganggu walaupun di musim hujan.
|
|
|