Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 87
total visitor Total Visitors 13,435,981
Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi lambang jati diri, perpaduan
Posted on : 11 Jan 2026  Source of News: TVS
 
Majlis menaikkan bendera di Dataran Pertiwi berlangsung penuh istiadat sebagai simbol penyatuan dan semangat cintakan negara. Foto DBKU
KUCHING, 11 Jan: Majlis menaikkan bendera di Dataran Pertiwi berlangsung penuh istiadat sebagai simbol penyatuan dan semangat cintakan negara.

Program ini dipimpin Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Ramzi Abdillah bersama barisan Pengurusan Kanan, menzahirkan komitmen berterusan pihak berkuasa tempatan dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga kota.

Bendera gergasi Ibu Pertiwi sepanjang 25 meter dan lebar 12.4 meter berkibar megah di tiang setinggi 99.4 meter, menjadikannya mercu tanda ikonik Kuching dan lambang kebanggaan rakyat Sarawak.

Pengarah DBKU, Ramzi Abdillah dalam satu kenyataan hari ini menekankan bahawa acara bulanan ini bukan sekadar simbol, tetapi menyampaikan mesej penting tentang jati diri dan perpaduan pelbagai kaum di negeri ini.

“Upacara menaikkan Bendera Ibu Pertiwi ini melambangkan semangat cintakan negeri, selain menjadi peringatan kepada kita semua tentang kepentingan perpaduan, keharmonian dan tanggungjawab bersama dalam membangunkan Bandaraya Kuching,” katanya.

Beliau menambah bahawa usaha berterusan ini selari dengan aspirasi DBKU dan Kerajaan Sarawak untuk membentuk komuniti bandar raya yang berdisiplin, bersatu padu dan mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi terhadap negeri.

“Bendera Ibu Pertiwi bukan sekadar kain yang dikibarkan, tetapi satu simbol identiti dan maruah rakyat Sarawak. DBKU akan terus memastikan upacara ini dilaksanakan secara konsisten sebagai medium mendidik generasi muda agar menghargai sejarah dan nilai patriotisme,” ujarnya lagi.

Upacara bulanan menaikkan bendera Ibu Pertiwi merupakan antara inisiatif strategik DBKU dalam mengukuhkan semangat kenegaraan serta memperindah imej bandar raya Kuching sebagai bandar yang kaya dengan nilai budaya. Sejarah dan perpaduan rakyatnya.