Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 87
total visitor Total Visitors 13,435,981
DBKU bertindak tegas terhadap pemilik letak kenderaan secara tidak bertanggungjawab
Posted on : 08 Jan 2026  Source of News: Utusan Borneo
 
Ramzi (dua kanan) bersama pegawai DBKU yang lain turun padang meninjau isu yang diterima daripada pengadu di Jalan Hokkien. Ramzi (dua kanan) bersama pegawai DBKU yang lain turun padang meninjau isu yang diterima daripada pengadu di Jalan Hokkien.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menerima aduan berhubung kenderaan yang diletakkan secara tidak bertanggungjawab sehingga menghalang laluan trafik di sepanjang Jalan Hokkien di sini. 

Situasi itu bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas, malah menimbulkan ketidakselesaan serta risiko keselamatan kepada penduduk dan pengguna jalan raya.

Hasil pemantauan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), didapati kenderaan berkenaan diletakkan di kawasan larangan dan menghalang pergerakan trafik.

Sehubungan itu, DBKU akan mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah 16(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana meletakkan kenderaan sehingga menyebabkan halangan.

Pengarah DBKU Ramzi Abdillah bersama pegawai-pegawai DBKU turut mengadakan lawatan ke tapak di Jalan Hokkien bagi meninjau isu itu dan memastikan langkah susulan diambil dengan sewajarnya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan meletakkan kenderaan hanya di tempat yang dibenarkan.

Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna jalan raya dan sebarang kemusykilan sila hubungi Hotline DBKU: 082-446 644 atau WhatsApp Aduan: 016-8864466 untuk pertanyaan lanjut.