Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 118
total visitor Total Visitors 13,329,065
DBKU Prihatin Mangsa Banjir
Posted on : 06 Jan 2026  Source of News: Suara Sarawak
 

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman turun padang menzahirkan keprihatinan dengan melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) Surau Ar Rahman, Kampung Sungai Batu yang kini menempatkan 65 mangsa banjir daripada 15 keluarga.

Dalam lawatan berkenaan, beliau mendengar taklimat daripada pihak keselamatan serta menyantuni mangsa banjir untuk memahami permasalahan yang dihadapi, di samping meneliti langkah dan solusi segera  terhadap musibah yang menimpa penduduk kampung.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Kuching, Zaidi Sharkawi.

Seramai 18 petugas terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sarawak, RELA Negeri Sarawak serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Batu ditugaskan bagi memastikan aspek keselamatan, kesihatan dan keperluan asas mangsa banjir sentiasa terpelihara.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Pengarah Jabatan PerkhidmatanPerkhidmatan Infrastruktur DBKU, Ts. Mohamad Faisal Adenan serta Ketua Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Komuniti DBKU, Ramli Omar Baki. Sebagai tanda keprihatinan, Hilmy turut menyampaikan sumbangan barangan makanan asas melalui inisiatif DBKU CARES kepada mangsa banjir.

DBKU akan terus komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga bandar sentiasa menjadi keutamaan, khususnya ketika berdepan situasi kecemasan.