Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 119
total visitor Total Visitors 13,329,066
Juh Sihat bersama DBKU sempena Kuching Car Free Morning
Posted on : 06 Jan 2026  Source of News: TVS
 
Tahun baharu 2026 disambut meriah dengan semangat gaya hidup sihat menerusi program Kuching Car Free Morning anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Foto DBKU

KUCHING, 4 Jan: Tahun baharu 2026 disambut meriah dengan semangat gaya hidup sihat menerusi program Kuching Car Free Morning anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Menurut kenyataan DBKU, program yang diadakan di pusat bandar itu menyaksikan kehadiran ramai warga Kuching yang mengambil peluang beriadah bersama keluarga dan sahabat handai.

“Jalan utama ditutup sementara bagi membolehkan orang ramai berjalan kaki, berbasikal, bersenam dan menyertai pelbagai aktiviti sihat dalam suasana bebas kenderaan.

“Keceriaan jelas terpancar di wajah peserta yang turut menyambut baik inisiatif mewujudkan bandaraya yang lebih bersih, tenang dan mesra komuniti,” kata kenyataan itu.

Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan kesihatan fizikal dan mental, malah menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti bandar.

DBKU menyeru warga kota untuk terus menyokong dan menyertai program sebegini demi membudayakan gaya hidup sihat ke arah Kuching Sejahtera yang lebih lestari dan aktif.