|
Semua kaunter pembayaran DBKU dibuka mulai hari ini |
Posted on : 07 Jul 2021 Source of News: Sarawak Voice
|
KUCHING: Semua kaunter pembayaran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) beroperasi seperti sedia kala bermula hari ini.
DBKU dalam satu kenyataan media berkata, ini termasuk kaunter pembayaran di Ibu Pejabat DBKU, kaunter pembayaran di Bangunan DBKU@Depo, dan kaunter pembayaran Satok.
“Bagi kaunter pembayaran Ibu Pejabat DBKU & Bangunan DBKU@Depo, waktu beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis bermula pada jam 8 pagi hingga 1 petang dan 2 petang hingga 4 petang, Jumaat (8 hingga 11. 40 pagi dan 2.15 hingga 4 petang) dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad serta cuti umum.
“Manakala bagi kaunter pembayaran Satok pula, waktu beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum,” katanya hari ini. |
|
|