Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 177
total visitor Total Visitors 8,779,497
DBKU Giat Laksana CBSSS Enhancement Plan
Posted on : 01 Feb 2024  Source of News: UKAS
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) giat meneruskan dan melaksanakan ‘CBSSS Enhancement Plan’ atau Cantik, Bersih, Selamat, Pintar dan Lestari yang melibatkan semua jabatan di DBKU. 

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi memberitahu, pelan strategik jangka panjang ini sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 dalam memastikan Sarawak menjadi tempat yang terbaik dalam membina sebuah kehidupan.

“Ini bermaksud tempat terbaik untuk berkeluarga, mempunyai masyarakat yang penyayang dan harmoni, sistem ekonomi digital yang kukuh, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkemampuan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Khas Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Pangkalan Sapi di Kuching pada Khamis. 

Menurut Datuk Dr Abdul Rahman, pelan tindakan ini memberi fokus kepada penglibatan komuniti dan memberikan penekanan kepada lima teras penting bagi kelestarian sesebuah bandaraya iaitu Cantik, Bersih, Selamat, Pintar dan Lestari.

“Pelaksanaan CBSSS ini merupakan satu inisiatif yang mengagumkan kerana ianya memberi fokus kepada penglibatan komuniti. 

“Komuniti di sini bukan bermaksud hanya warga kota sahaja, malah juga agensi kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan penghargaan plak simbolik kepada rakan strategik DBKU, warga bandaraya dan warga kerja DBKU. 

Penerima plak simbolik termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) Negeri Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan lain lagi.

Turut hadir ialah Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman, Ahli-Ahli Dewan DBKU Dato Grunsin Ayom dan Sih Hua Tong serta Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang. -EDISI UKAS