Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 49
total visitor Total Visitors 9,744,574
Mobile Garbage Bin (120L)Mobile Garbage Bin (120L)

Berikut syarat-syarat pengeluaran tong sampah beroda 120L untuk rumah sahaja:-


1. TONG SAMPAH JENIS LAMA(HITAM) DITUKARKAN KEPADA TONG BARU(HIJAU)

- Pemohon dikehendaki membawa salinan kad pengenalan diri atau salinan kad pengenalan pemohon sekiranya mengambil tong untuk bagi pihak saudara/ahli keluarga atau tiada kaitan dengan persaudaraan

- Tong sampah berwarna hitam(tong jenis lama) mesti di bawa bersama untuk pertukaran ke tong yang baru walaupun tong tersebut mengalami kerosakan yang teruk

- Dokumen yang mesti di bawa untuk pertukaran tong yang baru adalah salinan cukai pintu, bil elektrik dan salinan kad pengenalan


2. TONG BERODA 120L(WARNA HIJAU) ROSAK

- Pemohon hendaklah membawa tong sampah tersebut ke pejabat Trienekens dan membawa salinan kad pengenalan diri/bagi pihak, dokumen seperti salinan cukai pintu dan bil elektrik

- Tong yang rosak akan dibaiki(mengikut kerosakan sekiranya dapat dibaiki seperti kerosakan pada penutup atau roda), jika tidak dapat dibaiki tong sampah yang baru akan diberikan

 'TIADA BAYARAN DIKENAKAN BAGI TONG BERODA 120L BEWARNA HIJAU YANG ROSAK DAN DITUKARKAN KEPADA TONG YANG BARU'


3. TONG BERODA 120L(WARNA HIJAU) HILANG

- Sila buat laporan polis dan laporan tersebut disertakan dengan salinan kad pengenalan diri/bagi pihak, salinan cukai rumah dan bil elektrik kemudian permohonan tersebut dihantar ke Pejabat Trienekens

- Bayaran RM50.00 dikenakan bagi yang telah membuat laporan polis dan laporan disertakan sekali semasa permohonan tong yang baru. Manakala, pemohon yang tidak membuat laporan polis bayaran akan dikenakan RM190.00.


4. TONG BERODA 120L(HIJAU) TERBAKAR

- Pemohon hendaklah membawa tong sampah tersebut ke pejabat Trienekens dan membawa salinan kad pengenalan diri/bagi pihak, dokumen seperti salinan cukai pintu dan bil elektrik

- Pembayaran akan dikenakan RM50.00 sekiranya tong tersebut terbakar menyebabkan nombor siri hilang(mengikut keadaan tong)

- Bagi tong terbakar TETAPI masih ada nombor siri tidak akan dikenakan sebarang bayaran

______________________________________________________________________________________

SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN TONG BERODA 120L

1.    Bagi penghuni yang telah berpindah ke kediaman yang baru(perumahan baru)

 -       Tempat kediaman seperti perumahan yang baru dibina hendaklah membawa salinan permit pendudukan (Occupation Permit)’ atau cukai pintu(PALING DIUTAMAKAN), salinan bil elektrik dan salinan kad pengenalan pemilik rumah

 -       Sekiranya mewakili pihak lain untuk memohon tong sampah, pelanggan hendaklah mengemukakan salinan kad pengenalan pemilik rumah yang memohon tong sampah beroda tersebut

 2.    Bagi rumah yang dibina di tanah sendiri

     -       Rumah berkenaan perlu didaftarkan di Bahagian Bangunan dan pengesahan di Bahagian Penilaian terlebih dahulu.

    -       Surat kelulusan sebagai tanda pengesahan rumah tersebut telah disukat dan akan dikenakan cukai pintu oleh DBKU disertakan sekali bersama salinan bil  elektrik dan salinan kad pengenalan pemilik rumah

 

3.    Pertukaran tong sampah 120L berwarna hitam dan untuk mendapatkan tong yang baru

 -       Pemohon hendaklah mengembalikan tong sampah berkenaan(tong hitam 120L) semasa memohon pertukaran kepada tong yang baru

 -       Disertakan sekali salinan permit pendudukan (Occupation Permit)’ atau cukai pintu(SANGAT DIUTAMAKAN), salinan bil elektrik dan salinan kad pengenalan pemilik rumah

 

4.    Kerosakan tong sampah dan kehilangan tong sampah 120L(berwarna hijau)

 -     Untuk tong sampah yang hilang, pemohon dikehendaki membuat laporan polis dan kemudian laporan tersebut dibawa ke Trienekens untuk mendapatkan tong sampah gantian. Pemohon akan dikenakan caj berjumlah RM50.00 dan disertakan salinan bil elektrik dan salinan kad pengenalan pemilik rumah

       -       Kerosakan pada tong sampah 120L(Warna Hijau), pemohon hendaklah membawa tong tersebut disertakan salinan bil elektrik dan salinan kad pengenalan   pemilik rumah di bawa ke Trienekens

5.   Tidak dibenarkan membuat penambahan tong sampah beroda 120L untuk rumah kediaman. Jika berlaku perkara sedemikian, kutipan hanya dilakukan untuk satu tong sahaja seperti peruntukkan yang telah ditetapkan bagi sebuah rumah kediaman

* UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI :

BAHAGIAN PENGUATKUASA DAN KESIHATAN PERSEKITARAN (DBKU)

TEL : 082-448763

FAKS : 082-448766

EMAIL : env@dbku.gov.my