Sempena menyambut bulan Ramadan pada tahun ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menyediakan tiga buah (3) lokasi jualan Ramadan iaitu kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria. Bilangan petak dan jenis jualan yang ditawarkan adalah seperti berikut :- Bazar Ramadan Satok (94 tapak jualan) 1. Minuman – 18 tapak 2. Makanan – 72 tapak 3. Panggang – 4 tapak Bazar Ramadan Semarak (24 tapak jualan) 1. Minuman – 4 tapak 2. Makanan – 12 tapak 3. Panggang – 8 tapak Bazar Ramadan Sukma Ria (50 tapak jualan) 1. Minuman – 10 tapak 2. Makanan – 34 tapak 3. Panggang – 6 tapak Permohonan petak jualan akan dibuka dari 18 hingga 21 Februari 2023 dan boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/JhNz3WN8GAgGFn9F7. Semua pemohon diingatkan untuk mematuhi semua terma dan syarat permohonan. Pemohon juga boleh merujuk kepada video panduan cara-cara mengisi borang permohonan yang dimuatnaik di laman web DBKU atau menerusi pautan Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Bahagian Perlesenan DBKU di talian 082-512955.
Sila rujuk panduan dan video permohonan tapak bazar ramadan di sini. PANDUAN & VIDEO PERMOHONAN
|