Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 27
total visitor Total Visitors 8,114,329

KUCHING; ________________ : Sempena menyambut bulan Ramadan pada tahun ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menyediakan tiga (3) buah  lokasi jualan Ramadan iaitu kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria. Jumlah keseluruhan petak Bazar Ramadan DBKU 2024 (di ketiga-tiga lokasi) adalah sebanyak 234 petak.

 

Bilangan petak yang ditawarkan dan kadar caj adalah seperti berikut:

 

BAZAR RAMADAN SATOK – 94 PETAK

KATEGORI JUALAN

BIL. PETAK YANG DITAWAR

KADAR BAYARAN

  1. Minuman

18

RM450.00

  1. Makanan

72

RM450.00

  1. Panggang

4

RM500.00

 

BAZAR RAMADAN SEMARAK – 24  PETAK

KATEGORI JUALAN

BIL. PETAK YANG DITAWAR

KADAR BAYARAN

  1. Minuman

4

RM300.00

  1. Makanan

12

RM300.00

  1. Panggang

8

RM400.00

 

BAZAR RAMADAN SUKMA RIA – 116 PETAK

KATEGORI JUALAN

BIL. PETAK YANG DITAWAR

KADAR BAYARAN

  1. Minuman

20

RM400.00

  1. Makanan

88

RM400.00

  1. Panggang

8

RM450.00

 

Permohonan petak jualan sempena Bazar Ramadan akan dibuka pada 7 Februari 2024 (Rabu) mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang dan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan di laman sesawang DBKU. Semua pemohon diingatkan untuk mengemukakan nombor telefon dan e-mel yang sah bagi memudahkan pemakluman keputusan permohonan.  Selain itu, pemohon juga dikehendaki untuk memuat naik dokumen lengkap seperti berikut:-

 

(a)           Gambar berukuran passport bagi pemohon dan pembantu gerai/pekerja;

(b)           Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pembantu gerai/pekerja;

(c)            Salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan pemohon dan pembantu gerai/pekerja; dan

(d)           Salinan Laporan Pemeriksaan Kesihatan beserta suntikan typhoid (Vaksin Kepialu) pemohon dan pembantu gerai/pekerja; atau

(e)           Salinan Kad Pengendali Makanan DBKU.

 

Sila ambil maklum bahawa setiap permohonan adalah berdasarkan ‘First Come First Serve’. Setiap permohonan yang dihantar akan ditapis dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

 

Hanya permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh pihak DBKU melalui telefon/e-mel untuk membuat pembayaran dan hadir ke sesi taklimat serta cabutan nombor petak pada 2 Mac 2024 (Sabtu) bertempat di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang.