Dewan Bandaraya Kuching Utara mempelawa orang ramai untuk mengisi kekosongan Gerai/Ruang Niaga di Pasar atau Pusat Penjaja seperti berikut :-
1. Pusat Penjaja Tower Market (4 kekosongan)
- 2 (Gerai Makanan/Minuman)
- 2 (Gerai Runcit)
2. Pasar / Pusat Penjaja Maong Tengah (21 kekosongan)
- 10 (Zon Sayur)
- 9 (Zon Ikan)
- 2 (Zon Khasiat)
- Penjaja Makanan (4 kekosongan)
- 1 (Zon Makanan)
- 3 (Zon Kuih-Muih)
3. Open Air Market (2 kekosongan)
- 1 (Gerai Makanan/Minuman)
Pemohon yang berminat dikehendaki untuk mengisi borang permohonan dan disertakan bersama dokumen seperti di bawah :-
a) Borang Permohonan;
b) Dua (2) Keping Gambar berukuran Pasport;
c) Satu (1) Salinan Kad Pengenalan;
d) Satu (1) Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan (untuk pemohon yang menjual makanan/minuman sahaja); dan
e) Satu (1) Salinan Laporan Pemeriksaan Kesihatan beserta Suntikan
Vaksin Kepialu (untuk pemohon yang menjual makanan/minuman sahaja).
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pelesenan, Aras 1, DBKU@Depo, Jalan Depo.
Permohonan yang tidak lengkap atau memberi maklumat palsu akan ditolak dan hanya pemohon yang layak selepas disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pengurusan Lesen di talian 082- 512955.
Borang permohonan boleh dimuat turun disini