Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 34
total visitor Total Visitors 8,105,229
Tiada masalah lambakan hasil tani di Sarawak
Posted on : 06 Jun 2020  Source of News: Utusan Borneo Online
 
 Pusat Operasi FAMA Samarahan membeli pisang kapok daripada petani kecil di Sadong Jaya untuk dipasarkan di Samarahan dan Kuching. PENUHI PERMINTAAN: Pusat Operasi FAMA Samarahan membeli pisang kapok daripada petani kecil di Sadong Jaya untuk dipasarkan di Samarahan dan Kuching.

KUCHING: Golongan petani di negeri ini tidak menghadapi masalah lambakan hasil tani sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sarawak Datuk Dr Mat Sani Hasan berkata kebanyakan petani menjual sendiri hasil tani mereka, manakala lebihannya dijual kepada FAMA.

“Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200,000 dalam tempoh PKP dan PKPB ini untuk FAMA membeli lebihan hasil tani daripada para petani.

“Daripada jumlah peruntukan tersebut, 90 peratus telah digunakan untuk membeli lebihan hasil tani petani kita dan dijual kepada pemborong kebanyakannya di Kuching,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Mat Sani, beliau tidak melihat berlakunya masalah lambakan hasil tani di Kuching atau Sarawak.

Malah katanya, bekalan bagi hasil tani juga mencukupi sepanjang tempoh PKP dan PKPB meskipun pasar tani ditutup.

“Peranan FAMA adalah untuk membantu petani memasarkan produk mereka. Jadi sama ada dalam tempoh PKP atau tidak, kita tetap akan membantu membeli hasil tani mereka.

“Bagi mereka yang berdepan masalah untuk menjual hasil tani mereka, boleh berhubung dengan pihak FAMA dan kita akan beli daripada mereka,” ujarnya.

Sementara itu katanya, di Medan Niaga Satok hanya pasar awam dibenarkan beroperasi oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini.

Pasar minggu dan borong katanya, masih ditutup biarpun mendapat permintaan daripada para peniaga untuk dibuka.

Operasi pasar minggu, tani dan borong di bawah FAMA hanya akan dibuka semula selepas tamat tempoh PKPB ini, katanya.