Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

Commission of the City of Kuching North
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 76
total visitor Total Visitors 8,782,221
Malaysia Urban Forum 2023 diadakan di Bandaraya Kuching bermula 4 hingga 8 November depan
Posted on : 03 Sep 2023  Source of News: Sarawak News
 

KUCHING: Bandaraya Kuching telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Malaysia Urban Forum 2023 bermula pada 4 hingga 8 November 2023.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menjelaskan, persidangan yang bertemakan “Memangkin Tindakan Transformatif Untuk Perbandaran Mampan Dan Berdaya Tahan” berkenaan merupakan yang terbesar di peringkat nasional.

Beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah mengangkat MUF 2023 ini sebagai satu acara di bawah DBKU bersempena dengan sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka.

“Persidangan MUF 2023 yang dianjurkan selama lima hari ini akan diadakan di dua lokasi iaitu di Pustaka Sarawak dan Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mengenai forum berkenaan di sini pada Jumaat.

MUF 2023 merupakan anjuran URBANICE Malaysia iaitu sebuah pusat kecemerlangan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai penganjur utama serta Kerajaan Sarawak dan DBKU adalah tuan rumah dan penganjur bersama.

Abdul Rahman menambah, MUF2023 juga akan direkodkan sebagai acara persidangan pembangunan mampan terbesar, dengan melibatkan lebih daripada 300 penceramah dan ahli panel daripada lebih dari 100 sesi persidangan terbuka.

“MUF2023 bertujuan untuk bersama-sama dengan semua pemegang taru untuk mencari penyelesaian dan mempelajari daripada ‘best practices’ mana-mana pihak dalam usaha untuk bertindak dengan lebih efektif dan transformatif agar untuk mencapai pembangunan yang mampan dan berdaya tahan,” jelasnya.

Dedahnya lagi, fokus utama persidangan ini juga adalah kepada sesi Dialog Premier yang akan disertai oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, bersama ahli panel terkenal dari dalam dan luar negara untuk mengupas agenda kemampanan bandar sebagai pemangkin kepada sektor ekonomi baharu dalam menarik pelabur serta tata kelola pengurusan bandar yang lebih efisyen dengan memberi penekanan kepada komuniti dan bandar yang berdaya tahan bagi kesediaan terhadap cabaran masa hadapan.

Tambahnya juga, Premier Sarawak turut dijangka merasmikan MUF2023 pada 7 November 2023 nanti, bersama-sama dengan kehadiran Menteri Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Malaysia.

“MUF seringkali menampilkan kerangka persidangan yang unik di mana sesi-sesi diadakan secara serentak seperti pelbagai bentuk perbincangan, acara bandar dan kebudayaan, lawatan teknikal dan projek legasi MUF.
“Kesemua sesi forum ini adalah inklusif dan terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir secara percuma serta dapat merapatkan jurang dalam membentuk dasar-dasar negara dan tindakan kemampanan di peringkat tempatan,” katanya.

Di antara pengisian program di sepanjang MUF2023 berlangsung adalah perhimpunan bagi golongan Akar Umbi, Wanita, Belia, Akademia, Profesional, Ahli Perniagaan dan Kanak-Kanak; Sesi Dialog; Sesi Khas; Sesi Meja Bulat; Bengkel dan Latihan; perhimpunan khas Bandar Kuching (City Stage); Pameran yang dibuka kepada semua pihak; dan Keusahawanan Sosial Tempatan.

Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah Agenda Perbandaran Mampan, Model Ekonomi Madani dan Inklusif, Aspek Pengurangan Karbon dan Perubahan Iklim, Sistem Makanan, Sumber dan Mekanisma Pembiayaan Agenda Mampan, Data dan Teknologi serta Modal Sosial dan Pembangunan dan Kesejahteraan Komuniti yang selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 serta juga dasar-dasar baru kerajaan persekutuan.

Forum ini turut mendapat penglibatan daripada rakan strategik luar negara seperti United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP), United Cities and Local Governments Asia-Pacific (UCLG ASPAC), 100 Resilience Cities, Rockefeller Foundation, CityNet, IGES, Huairou Commission, dan juga International Urban and Regional Corporation (IURC).

Manakala, penglibatan daripada dalam negara ialah Kerajaan Sarawak,Agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Persatuan dan Pertubuhan yang mewakili golongan komuniti tempatan seperti Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA), National Council of Women’s Organisation Malaysia (NCWO), serta institusi pengajian tinggi seperti UNIMAS, UIA, UiTM dan sebagainya.